Pengalaman seterusnya dalam membantu mengurus kedai runcit ialah sikap membuat bayaran secara tunai kepada pembekal. Walaupun ia adalah kaedah mudah dalam hal ehwal pengurusan kewangan, tetapi kekerapan melakukan transaksi sebegini boleh menyebabkan sistem perbankan kurang diutamakan. Akibatnya maklumat dalam penyata bank akan berkurangan walaupun pada dasarnya perniagaan kita maju. Pihak bank yang ingin memberi pinjaman,kebanyakannya lebih mempercayai penyata bank berbanding bukti perakaunan.
Perakaunan diperlukan untuk membuktikan kita mampu mengurus hal ehwal pengurusan kewangan sedangkan penyata bank membuktikan kekuatan aliran tunai kita. Kedua-dua maklumat saling berkaitan dan kita tidak boleh lalai dalam dua aspek utama ini. Apabila perniagaan kita semakin maju, sudah tentu kita akan
mencari alternatif untuk membesarkan perniagaan kita. Kita akan memerlukan pinjaman samada melalui bank atau badan kewangan lain. Dalam permohonan tersebut salah satu syaratnya ialah penyata bank.
Maka jika kita gagal menggunakan sepenuhnya sistem perbankan,bagaimana kita hendak membuktikan perniagaan kita maju. Tambahan pula,jika kita tidak berdisiplin dalam mengurus perakaunan,maka sudah pasti kita sukar untuk mendapatkan pinjaman.
Maka nasihat saya,pergunakan sepenuhnya sistem perbankan disamping kemaskini sistem perakaunan kita. Secara mudahnya, agihkan dua bentuk pembayaran iaitu :
1. Bayaran Tunai
2. Bayaran Menggunakan Cek Syarikat
Bayaran Tunai
Kita sepatutnya sudah menentukan nilai duit tunai yang perlu ditinggalkan di kedai khusus untuk membuat bayaran secara tunai. Ia juga dikenali dengan gelaran duit Meja. Sediakan satu buku tunai khas untuk duit meja ini dan semua bil bayaran hendaklah disimpan dalam fail dibawah tajuk Cash Voucher. Ini bermakna semua bayaran secara tunai hendaklah disimpan dalam fail CASH VOUCHER.
Kita juga perlu sediakan resit CASH VOUCHER sekiranya pembekal tidak mempunyai resit bayaran. Ini adalah sebagai bukti yang kita sudah menjelaskan pembayaran dan pembekal tersebut sudah menerima bayarannya. Kebanyakan pembekal ini adalah jenis pembekal yang menjual kuih,nasi lemak dan lain-lain pembekal yang meletakkan produk mereka dikedai kita dan kita hanya menerima komisyen sahaja.
Bagaimana untuk menentukan jumlah duit meja yang perlu disimpan setiap hari. Ini dilakukan selama seminggu atau dua minggu atau sebulan. Pengalaman disitu kelak, akan dapat memberi gambaran berapa jumlah yang sesuai untuk dijadikan duit meja.
Bayaran Menggunakan cek syarikat
Selalunya bayaran jenis ini dilakukan untuk pembekal yang membekal barangan yang bernilai tinggi dan terdapat pembekal yang sudah meminta post dated cek sebagai bukti yang kita pasti akan membuat bayaran tersebut. Ini adalah sebagai jaminan yang mereka akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Bayaran ini adalah dikenali juga dengan "term payment" dimana pembekal memberi kita "term" sebanyak seminggu, dua minggu, tiga minggu atau satu bulan. Dalam hal ini, kita perlu menyediakan "PAYMENT VOUCHER" untuk membuktikan pembekal telah menerima bayaran mereka.
Dalam hal ini, kita kena bijak dalam mengurus pengeluaran cek dimana permantauan cek yang perlu dijelaskan perlu direkodkan agar cek kita tidak ditendang jika jumlah tunai di dalam bank adalah kurang. Kerapkali saya menerima cek tendang dari kedai-kedai runcit lain disebabkan kegagalan mereka mengurus dan memantau setiap cek yang dikeluarkan. Kurangnya disiplin dikalangan pekedai runcit menyebabkan saya merasa kurang senang untuk berurusan dengan pekedai yang kurang disiplin walhal perniagaan mereka maju dan dalam dunia penjualan sekarang,jarang sekali pelanggan membeli barangan runcit secara kredit. Maka soal ini tidak sepatutnya timbul.
Bagaimana untuk memantau pengeluaran cek, adik saya ada kaedah paling mudah. Dia menggunakan kalendar yang diprintkan dari komputer dan merekodkan semua cek keluar dan masuk ke dalam kalendar tersebut secara manual. Maka beliau akan memeriksa kalendar tersebut setiap hari dan menandakan setiap cek yang sudah dijelaskan. Ini dilakukan dengan membuat pemeriksaan setiap cek dengan sistem perbankan online. Maka memudahkan kerjanya untuk memantau pengeluaran dan penerimaan cek. Mudah bukan.
Maka dari keterangan diatas, dua bentuk "filing" khas untuk bayaran perlu disediakan iaitu
(i) Cash Voucher Fail
(ii) Payment Voucher Fail
Kedua-dua fail ini adalah fail aktif yang perlu dikemaskini dari masa ke semasa untuk diserahkan kepada perakaunan.