Kegagalan peruncit membuat bayaran yang konsisten memberi kesan kepada aliran tunai syarikat. Bayangkan barangan yang dibekalkan terjual tetapi gagal membuat bayaran. Sehingga ada juga yang memulangkan barangan kononnya tidak laku. Walhal barangan tersebut bukan produk baru dipasaran. Bekalan hanya diberi berdasarkan kehendak mereka.
Kadangkala terfikir juga,apakah masalah yang dihadapi peruncit. Adakah mereka mengurus kewangan dengan baik atau tidak. Bagaimana dengan inventori, adakah direkod ataupun tidak. Sebab itu untuk mengurus kedai runcit sebaik baiknya mempunyai sistem inventori dan aliran tunai yang tersusun. Bukan setakat membuka kedai runcit dan menjalankan operasi seperti biasa. Sebaik baiknya, apabila kedai ditutup pada penghujung waktu, hendaklah disusun kewangannya. Malah sistem inventori disemak setiap minggu agar dapat dirancang pembekalan kelak. Janganlah bila barang sudah abis, barulah sedar dan kelam kabut mendapat bekalan baru. Jika kedai semakin membesar maka bebannya juga akan bertambah.
Fikir fikirkanlah....
Friday, 25 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)